Friends, Just Feel Better... =D

Uban

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dengan rezeki yang Engkau berikan.. hehehe.. Tadi mak masa kerang rebus n macam2 lah... Tengah sedap menghirup kuah kerang rebus (tak senonoh), mak cakap sesuatu membuatkan aku terkejut..

Mak memberitahuku (formal giler) yang aku ada uban sehelai... Macam gambar bawahnya.. Bukan rambut aku..

Aku tengok kat cermin, Wah giler lah tak sangka uban tumbuh... Bahahah. (amik result SPM pun tak hepi mcm ni)... Mak cakap.. Ek eleh mak yang banyak uban ni tak heran dah.. Mak da tua, mana nak heran.. Hew hew hew...

Aku ada terbaca satu hadith di mana menyebut tentang uban.. Aku search internet tazkirah.. Aku selalu rujuk di situ.. 

Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” 
(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Kat tazkirah ni macam2 kita boleh tahu jika rasa ragu-ragu.

Okay, sampai di sini sahaja... Wassalam.. =D