Friends, Just Feel Better... =D

Pusat Sains Negara

Assalamualaikum =D

Pada 5 Februari yang lepas, seperti yang dirancang kami telah berada di Pusat Sains Negara. Pertama kali menjejakkan kaki di PSN ketika darjah 5. Tak ada perubahan pun. hahaha. Kuat jugak ingatan aku ni. Seronok juga walaupun aku kadang-kadang blank sebab it's all about science and math. Grrrr... 

Ini lah kolam yang boleh disentuh. Time ni tangan tak dicelup, lau celup lari ikan tu.

Ini belum celup dah mati kita dalam ni. hahaha.. Ini ada atas, kiri dan kanan kita. Aquarium atas.
Sama macam kat Aquaria.
Macam mana nak terangkan ntah. haha



Masuk-masuk je nampak ikan. Boleh sentuh ikan tu, celup tangan. Tapi ikan tu takut. hahaha. Beli tiket student. Bayar total semua RM20 kot. Masa tu ada Pameran Science of Fear dan 1001 Inventions Pameran Kegemilangan Tamadun Muslim. 

Ini lah sepanjang aktiviti kami dalam PSN. haha..

Seperti yang kita lihat, tiada tali tapi bila mengayakan, bunyi pun keluar. haha.
Benci science. hahaha


Ini pula mengangkat diri sendiri dengan mengunakan tali. haha.

Ini berehat kejap. haha

Siapa yang tak relax, dia kalah. 
Mind Ball.

Ini adalah pembiasan cahaya.

Orang suruh belajar, buat main-main lak.

Ini tiada pape. hahaha
Taktahu motif suruh bukak kasut.

Siapa cepat dapatlah markah banyak.
Kepantasan minda

Analisis cop jari.
hahaha.

Cermin pelbagai.
Macam mana nak explain. haha


Patung kepala besar ini ada kisah sebaliknya.
Bila nak baca kisahnya, menguap pulak.
So ignore je. hahaha

Yang atas ni baru sahaja permulaan. Seterusnya, kami ke pameran 1001 Inventions Pameran Kegemilangan Tamadun Muslim. Sangat bagus. Tak rugi. Kita dapat mengenali siapa pencipta alat.


Ini adalah jam zaman dahulu yang dicipta oleh orang Islam.
Bila datang ke sini, baru kita tahu hebatnya orang Islam ni.

Yang atas Wan ni, Lelaki cuba untuk terbangkan dirinya.
Orang Islam okay.

Sebenarnya banyak lagi dalam tu, kami belajar. (sila percaya)
Sebab tu tak banyak gamba sangat.
hahaha..

Akhir destinasi adalah Pameran Science of Fear a.k.a rumah hantu. hahaha.

Muka tegang je.
Sementara nak tunggu. haha

Kitorang ada sebelah tuh.
Tak banyak gambar sebab nama pun rumah hantu.
hahaha.

Adalah sedikit info selepas keluar dari rumah hantu tuh.

Takut jugak lah, Mata aku tutup sepanjang perjalanan. Suasana dia memang best. Dalam rumah tu semua macam real. Aku dapat rasakan aku berada di film SAW. hahahaha. 

Perut pun dah berbunyi, alang-alang kat damansara, mari menuju ke IKEA. hahaha.. Karipap IKEA bab kata Wan. hahahaha. Orang sibuk nak makan meatball, dia sibuk nak rasa makan karipap. hahaha. 





Alhamdulillah, balik je terus terbongkang tidur. hahaha... Marilah jalan-jalan ke tempat yang memberi faedah kepada kita. =D








Hulu Tamu, Pahang

Assalamualaikum,  =D


Bila cuti semester sudah bermula, aktiviti cuti bersama sahabat sekolah pun bermula.... hihihi... Tempat diplih adalah Hulu Tamu Lama, Batang Kali, Ulu Yam, Pahang... Heh panjang namanya... Alang-alang sudah sampai Pahang, pergi Genting Highlands lah gamaknya...



Bila sampai di sana, sangat sejuk dan rasa seperti di luar negara.. HAHA serius tak tipu... Jakun lah. Tempat dia sangat gah.. Kalah Times Square. Macam-macam ada. Fuhhh... Jalan sekitar situ.. Keluarkan duit hanya di Snow World. Hahaha.. Tak best pun kat Snow World. Cuma nak merasai kesejukan -7 darjah Celcius. Air liur pun beku (tipu)... Tapi selsema aku tak henti-henti mengalir... Naik fed up lah jugak. haahaha.. Nak jugak kat Genting. Padahal tak sampai 10 minit I-City dengan kolej ada je snow2 ni, tapi buat macam biasa je. Tak pernah lagi aku jejak pergi dengan kawan2 Uni.. hahaha...

Sebelum masuk dalam Snow World, kami berlima melantak makanan dari rumah.. Dila bawak nasi, aku bawak sardin, Wan bawak ulam dan Asmah bawak telur goreng.. Best sangat2 walaupun makanan simple. Bila bersama dorang, happy nya lain macam.. Hahaha...

Dah macam technician pulak... hahaha


Dah berpenat dalam Snow tak berapa world tuh, terus gerak ke ladang Strawberi. Hehehe... Masamnya. Tapi takpe lah. Dapat rasa petik buah dengan secara langsung. hahaha..







Dah melantak buah strawberi, terus menuju ke Cholo Cholo Resort. Cholo Cholo Resort tempat yang tenang.. Tasik di sekitar Resort.. Sangat menarik.. Tapi servis dia agak lambat. Tension lah jugak.. Masuk je biliknya... Agak berpuas hati lah... Rancang nak honeymoon kat situ.... bahahaha....



Pada malamnya, kami buat barbeku.. Kekekeke.... Syoklah jugak sampai banyak mentah... hahahaha... Dan dan pulak nak blackout.. bakar lah dalam gelap.... Selesai semua dalam pukul 11 malam... Makan lah dalam keadaan sedih... hahahaha... Lawak lah bila teringat balik kenangan.. Seolah-olah macam baru lepas balik dari sana... Huuuu.....

Lepas je habis makan.. Mandi terus tidur. Memang datang resort tu nak tidur. hahaha. Tapi tak boleh nak elak. Sangat penat.






Esoknya. Lepas kul 7 pagi. Bukak pintu tengok tasik depan mata.. Subhanallah indahnya.. Mulalah bergerak ke UK Resort. Mula-mula nak menginap kat situ tapi disebabkan tandasnya diluar, batal terus. hahaha.. Buatnya nak memerut waktu malam.. Haaaa tak pasal-pasal macam movie Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hahaha...

Sampai je, parking kena RM5. Airnya mengalir laju. Sangat sejuk. Nampak ada pakcik solat kat situ. hehehe.. Bagus lah pakcik nih. Malu saya.='D . Tak sampai setengah jam pun kami duduk main air. Ini adalah disebabkan. haha... Satu keluarga datang untuk memeriahkan sungai tersebut.


Balik semula ke resort, mulalah sesi berkemas dan terus pulang. Tak best betul ending nya. hahaha. Apapun terima kasih kepada mereka yang menjayakan cuti 2 hari ini. Ewaaahhhh.. Sahabat selamanya =D