Friends, Just Feel Better... =D

Wajah tidak melambangkan Perangai

Assalamualaikum.. tak jawab dosa kerana ianya WAJIB...

Apa yang sedang aku mengarut nih.. Ye, hari ini aku nak mengarut dengan tajuk di atas.. Kenape tetiba je nih.. Haa mengikut apa yang telah aku analyze tentang manusia... Ececeh macam saintis.. Hahaha.. Serious nih.. Grrr....

Okay2.. Dr Salbiah nak bagitahu tentang manusia.. Ramai orang termasuk aku sendiri suka judge orang dari segi luaran.. Apakah?? Betul lah kan.. Sebelum kita nak kawan ngan orang tuh mesti kita tengok penampilan, wajah nya... Selepas melihat mula lah cakap dia nih macam sombong, belagak.. Malas lah kawan.. Eeee... Padahal orang yang kita kutuk itulah yang menjadi sahabat kita sekarang.. Mula lah cakap ' adeh, nape lah aku tak jumpe kau awal2 kan'... Itulah perspektif orang terhadap aku.. (nak cakap aku baik lah sekarang?? haha)

Then, kepada Wajah yang suci, anggun, menyerlah.. Fuhhh peluh keluar bila menaip nih... Huhuhu.. Masa first aku masuk kelas di UiTM. Aku melihat seorang pelajar yang boleh dikatakan cantik, lemah lembut, pijak semut pun tak mati.. Haish... Lebih membuat kan respect nya aku kepada nya cara dia berpakaian..  Bila dia bersuara, aku rasa maybe dia boleh buat jadi group, dan kawan seperti kawan2 aku di sekolah... Tetapi setelah berkenalan selama satu sem.. Hanya Allah sahaja yang tahu.. Terus aku keluar dan mula mencari kawan yang lain yang boleh dibuat sahabat.. Tapi siapakah??

Siapakah orang itu?? Orang itu adalah mula2 aku meluat sebab cara dia tegur sangat lah tidak sopan... Lama kelamaan orang yang aku meluat itu menjadi sahabat aku sehingga sekarang.. haha.. Baru aku tahu itulah cara nya dia bermesra dengan kawan.. Aku terima itu...

Ye secara keseluruhan Wajah tidak melambangkan Perangai seseorang itu.. Tidak semestinya muka baik, perangai dia pun sama dan sebaliknya... Kenal hati, jatuh cinta.. Ngeh3....


Ini sahabat Sekolah.. Sampai sekarang tak lost contact.. 
Insyaallah sahabat Dunia Akhirat.
Rindu Nur Fadilah n Nurul Amirah. #tiada dalam gambar


Sahabat seuniversiti... =DD