Friends, Just Feel Better... =D

Keras Hati


Assalamualaikum...
Hari ni aku nak bercerita tentang keras hati..
Hati kita menjadi keras disebabkan tidak mahu menerima pendapat dan enggan mendengar kebenaran.. Dan mengatakan dirinya lah yang benar.. (tu pun kalau dia betul.. Haha).. Aku ni pun kadang-kadang keras hati jugok....
Selain itu, keras hati ini juga adalah disebabkan banyak bercakap perkara tidak berfaedah berbanding berzikir kepada Allah swt..
Ini buktinya....

Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad)


So, selepas ni... Marilah kita banyakkan berzikir supaya hati kita menjadi lembut... =D