Friends, Just Feel Better... =D

Sanah Helwah untuk diri sendiri

Assalamualaikum...

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you..... Hahaha... Hati tersenyum.... Terima kasih wahai sahabat yang menyambut dan yang mengirim pesanan ringkas... Ok ayat skema...

Sebelum pukul 12 dorang dah sambut.... heeee.... Makan besar jugak la... Dah la malam buta then sebelah surau... Ahaks... Kenangan semua tuh...


Sahabat aku bagi hadiah ni...

Sweet kan?? Masa aku kecik2 mana dapat hadiah cam nih dr kengkawan... hahaha....
Sweet 21th
Cukup 22 tahun nanti aku nyanyi lagu Taylor Swift.. kekeke...



Tengah hari 15 Ogos, aku wat medical checkup.... Kat Hospital Kerajaan je.. Masa ayah keje, boleh la g hospital swasta, skang ni idak le......

Jalan sekitar situ, lalu Hospital Bersalin... Mak kata kat sini la aku lahir.... Okeh, cukup 21 tahun baru lah aku menjejakkan kaki ke sini balik.... Aku tengok kakak2 usap2 perut g hospital... Dalam diam aku berfikir, macam ni ke mak bawak aku ke sana ke sini dengan payahnya.... Aku tengok abang2 menunggu isterinya dengan risaunya... Macam ini ke ayah aku tunggu kelahiran kami.... Hanya Allah Maha Mengetahui....

Dengan sabar mereka menunggu kelahiran anak mereka..Bila lahirnya kita ke dunia... Sakit dan segala penat hilang serta merta... Alangkah indahnya saat itu.... Tetapi apakah jasa kita terhadap mereka hingga sekarang?? 

Segala kelemahan kita, mereka sedia terima... Adakah kita jugak seperti itu??? 

Fikir2 kan lah.... 

Esoknya Jumaat 16 Ogos, mak ayah belikan satay dan kemeja sempena Birthday aku.. Aku tak pernah mengharap apa2... Cukup lah doa dari mereka... ='D... Itu sudah cukup membahagiakan....



Wassalam dari saya,