Friends, Just Feel Better... =D

Chemistry Cafe + Lab, Seksyen 7

Assalamualaikum dan hai,

Chemistry Cafe?? Ada Lab? Serius? Hahaha... Siapa yang dah masuk tuh, dia tahu lah kot keadaan dalam cafe tu macam mana. Classmates lah kecoh ada cafe baru buka kat Seksyen 7. Aku pun ikut jelah. Cafe buka pada Selasa-Jumaat : 5pm-3am, Sabtu dan Ahad : 3pm-3am. Boleh tengok kat instagram taip je CHEMISTRYCAFE.

Niat kitorang nak study kat PTAR UiTM, then terus keluar ke sana. Da sampai PTAR, dengan sedihnya tutup. Mungkin sebab weekend kot. Kawan ajak pergi Seksyen 13 study kat PPAS. Naik teksi ke sana RM 13 tak termasuk balik. Da sampai PPAS, TUTUP. Baru sedar hari ini hari Keputeraan Agong. Menangis rasanya bayar duit macam tuh jer macam makan angin.

Kalau nak balik kolej memang tak study lah. Semua decide pergi ke KFC je. KFC Seksyen 7 renovate baik punya. Yang malangnya PANAS. -_- . Dengan kesabarannya, study jugaklah. Study apa? Study Account. Tup tup sampai 4pm. Letih otak..

Seperti dirancang, gagah jugak naik bus pula ke Chemistry Cafe. Bila sampai ke sana. Senyum lah. Tempatnya agak sempit dan rasa mengimbau balik kenangan bersama Cikgu Zamzamiah belajar Chem. Terima kasih cikgu tabah dengan saya yang tak berapa pandai Chem. hukhukhuk...






Mengancam. hihihi

Sugar

Boleh tahan harganya. hahaha.

Kami berenam. =D


Sekian,