Friends, Just Feel Better... =D

Mulakan Azam Baru

Assalamualaikum...


Hari ini cukup menggelabah sikit... Hahaha.. Bukan apa setiap setengah jam aku refresh link UiTM Perak nih semata-mata nak tahu siapa lah bakal sebilik dengan aku nih.. Semalam sampai termimpi...Pheww.... Mereng sekejap...

Cek-cek.. Alhamdulillah, aku sebilik dengan Hajar dan ada dua orang budak junior... Kekekeke.. First time sebilik dengan junior.. Perlu ke aku kena belagak menjadi seorang Senior?? Hehhh... haha.. Dua orang junior tu course Account n QS.. Apakah??? Account??

Tetiba aku teringat satu peristiwa ni masa nak final exam MKT... Kalau tak silap lah.. Ada seorang pelajar perempuan sebaya dengan aku tetapi tidak sama course.. Dia dah lama usha aku.. Dari bilik, toilet, Library dan tempat-tempat lain lagi.. hahaha... Aku macam tak puas hati giler.. Apasal dia nih hah.. Nak sidai baju pun usha aku.. Aku buat selamba je..

Then, pada waktu maghrib, amik wudhuk dan terserempak dengan dia.. Dia macam serba salah.. dia tegur. Aku senyum.

Dia :  Awak budak akaun kan?
Aku : Haah. Kenapa ye?
Dia :  Kita ada exam akaun, awak boleh ajar kita tak? Awak punya exam lambat lagi kan?
Aku : (Terdiam dan tersengih).
Aku : Kenapa tak mintak tolong dengan __ or __ .. Awak rapat dengan dorang kan?
Dia :  Oh, dorang selalu balik. Taktahu nak mintak tolong sapa..
Aku : Alamak, tak ingat lah akaun dulu2..
Dia :  Awak kan ada basic. Takkan awak taktahu?
Aku : Errr. Oh Okay. Insya Allah.. Datang lah bilik nanti...
Dia :  Terima KAsih =D
Aku : Sama-sama. ='D

Aku terus berjalan ke bilik n solat.. Pastu hati aku tak keruan.. Hahaha.. Aku takut dan sungguh menggelabah sebab aku bukanlah pandai pun.. Aku nih cepat menggelabah kalau orang buat aku rasa bersalah, or mintak tolong dan permintaan dia uh aku takdapat tunaikan.. Haish..
Aku mula teringat Zaty.. Suruh Zaty ajarlah.. hahaha.. Tapi tak boleh melibatkan orang.. Adeh.. Aku lemah dengan Journal Entries.. Dari sekolah pun.. Aku lembab sikit.. Kena bukak buku ke eh.. Adeh....

Pagi esok aku berjalan ke Library.. Terserempak dengan dia.. Dia usha-usha lagi.. Apa aku nak buat nih? Kenapa dia tak datang bilik lagi eh? haha.. Takkan aku nak tanya dia pulak... hahaha..

Sampai lah aku exam terakhir.. Dia pun sama.. Dia tak jumpa-jumpa aku pun.. Lagipun dia sem akhir.. Hahaha... Aku doakan result dia cemerlang lah ='D..

Sudah Sem 6. Ramai orang cakap Sem 6 sem terakhir.. Adakah terakhir buat aku?? ='D .. Tak apa lah.. Lulus or sebaliknya, grad lambat or cepat.. ilmu itu penting.. Terima kasih Allah kerana ubah persepsi aku.. ='D..

Azam Aku.. Harap dapat lah aku tunaikan.. Biarlah Allah sahaja tahu apa azam aku.. ='D..

Panjang pula entri aku kali nih.. hehehe..
Wassalam.. 3.26am