Friends, Just Feel Better... =D

Menahan Marah ..... Sabar


Assalamualaikum... 
Tajuk kali ini ialah Marah...Sabar

Ramai orang reti marah tapi tak reti sabar..... (ayat gramatis.. haha)

Alangkah rugi nya seseorang itu tidak bersabar....
SEBAB apa aku kata RUGI??

Kita akan mendapat ganjaran 10 kali ganda pahala bagi orang yang bersabar..

"Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh ganda amalnya..."
(Surah Al-Anam, ayat 160).

Kadangkala aku menyakitkan hati kawan2, membuatkan tergurisnya hati kawan2... sehinggakan kawan2 merajuk atas perbuatan aku sendiri..

Tidakkah kamu semua sedar bahawa kamu juga begitu wahai sahabatku sekalian?? (Fikir sejenak)

Ya, kadang2 aku rasa nak marah, nak tengking, nak sepak, nak terajang kat korang yang mengatakan ''eh kau ni bla bla bla''... Benda itu sangatlah menyakitkan hati.. tetapi aku berSABAR... mengingatkan diri sendiri bahawa SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.. wah, rugi lah aku kalau aku tak bersabar.. ngat senang ke nak dapat ganjaran 10 kali ganda dengan hanya bersabar...

So kawan2... Memaafkan sahaja kawan yang pernah menyakitkan hati kita atau gurauan berlebihan membuatkan kita rasa terluka... Cepat2 anggap yang dia tidak sengaja atas perbuatan nya itu.. 

Apabila tergerak hati ingin membalas dendam, cepat2 istigfar.. Sebenarnya SYAITAN telah menghasut dan selalu merosakan fikiran kita....

Mesti orang kata ek eleh bajet je kau ni sal.. ngat senang ke nak maafkan orang...
Kawan, fikir lah sendiri yang kau pun pernah gak menyakitkan hati orang...
Kita tahu bahawa kita hanya lah insan biasa, dan bukanlah sempurna untuk menjaga hati semua pihak...

Terpulang lah pada kamu jika kita nak marah dan nak amik hati.. Sangatlah rugi kerana kita sendiri akan menyesal... Percayalah...

Wassalam...