Friends, Just Feel Better... =D

Hulu Tamu, Pahang

Assalamualaikum,  =D


Bila cuti semester sudah bermula, aktiviti cuti bersama sahabat sekolah pun bermula.... hihihi... Tempat diplih adalah Hulu Tamu Lama, Batang Kali, Ulu Yam, Pahang... Heh panjang namanya... Alang-alang sudah sampai Pahang, pergi Genting Highlands lah gamaknya...



Bila sampai di sana, sangat sejuk dan rasa seperti di luar negara.. HAHA serius tak tipu... Jakun lah. Tempat dia sangat gah.. Kalah Times Square. Macam-macam ada. Fuhhh... Jalan sekitar situ.. Keluarkan duit hanya di Snow World. Hahaha.. Tak best pun kat Snow World. Cuma nak merasai kesejukan -7 darjah Celcius. Air liur pun beku (tipu)... Tapi selsema aku tak henti-henti mengalir... Naik fed up lah jugak. haahaha.. Nak jugak kat Genting. Padahal tak sampai 10 minit I-City dengan kolej ada je snow2 ni, tapi buat macam biasa je. Tak pernah lagi aku jejak pergi dengan kawan2 Uni.. hahaha...

Sebelum masuk dalam Snow World, kami berlima melantak makanan dari rumah.. Dila bawak nasi, aku bawak sardin, Wan bawak ulam dan Asmah bawak telur goreng.. Best sangat2 walaupun makanan simple. Bila bersama dorang, happy nya lain macam.. Hahaha...

Dah macam technician pulak... hahaha


Dah berpenat dalam Snow tak berapa world tuh, terus gerak ke ladang Strawberi. Hehehe... Masamnya. Tapi takpe lah. Dapat rasa petik buah dengan secara langsung. hahaha..







Dah melantak buah strawberi, terus menuju ke Cholo Cholo Resort. Cholo Cholo Resort tempat yang tenang.. Tasik di sekitar Resort.. Sangat menarik.. Tapi servis dia agak lambat. Tension lah jugak.. Masuk je biliknya... Agak berpuas hati lah... Rancang nak honeymoon kat situ.... bahahaha....



Pada malamnya, kami buat barbeku.. Kekekeke.... Syoklah jugak sampai banyak mentah... hahahaha... Dan dan pulak nak blackout.. bakar lah dalam gelap.... Selesai semua dalam pukul 11 malam... Makan lah dalam keadaan sedih... hahahaha... Lawak lah bila teringat balik kenangan.. Seolah-olah macam baru lepas balik dari sana... Huuuu.....

Lepas je habis makan.. Mandi terus tidur. Memang datang resort tu nak tidur. hahaha. Tapi tak boleh nak elak. Sangat penat.






Esoknya. Lepas kul 7 pagi. Bukak pintu tengok tasik depan mata.. Subhanallah indahnya.. Mulalah bergerak ke UK Resort. Mula-mula nak menginap kat situ tapi disebabkan tandasnya diluar, batal terus. hahaha.. Buatnya nak memerut waktu malam.. Haaaa tak pasal-pasal macam movie Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hahaha...

Sampai je, parking kena RM5. Airnya mengalir laju. Sangat sejuk. Nampak ada pakcik solat kat situ. hehehe.. Bagus lah pakcik nih. Malu saya.='D . Tak sampai setengah jam pun kami duduk main air. Ini adalah disebabkan. haha... Satu keluarga datang untuk memeriahkan sungai tersebut.


Balik semula ke resort, mulalah sesi berkemas dan terus pulang. Tak best betul ending nya. hahaha. Apapun terima kasih kepada mereka yang menjayakan cuti 2 hari ini. Ewaaahhhh.. Sahabat selamanya =D